
ini adalah kata kata yang saya ambil dari buku tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni ~
" anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari.
dengan akhlaq anda, anda lebih harum dari minyak wangi.
dengan tawadhu' anda, anda lebih tinggi daripada purnama.
dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis.
oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.
ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi :
dua raka'at menjelang subuh,
dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa,
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,
air mata taubat,
sujud panjang di atas hamparan sajadah,
dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal.
jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut.
hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq yang suka memperlihatkan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungghnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam.."
sama-samalah kita menginsafkan diri....... ( ",)
- saya suka sakura..mana nak beli kat mesia ni? -
@-->--- ---<--@
No comments:
Post a Comment